18.7.10

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 8


PANTANG LARANG-6


Anak dara tidak digalakkan untuk menyanyi di dapur

Pantang larang terakhir ialah anak dara tidak digalakkan untuk menyanyi di dapur kerana dipercayai untuk berkahwun dengan orang tua.

Rasional pantang larang ini ialah untuk mengelak kelalaian semasa memasak, dan untuk mengelakkan meraka dari bermimpi untuk berkahwin dengan seorang jejaka dari keluarga yang kaya dan kacak rupanya. Pada pendapat saya, pantang larang ini lucu dan juga penting kerana keinginan kami tidak akan selalu tercapai, dan kita akan berasa sangat kecewa dan kecil hati.


Pada zaman ini pun pantang larang ini masih diguna untuk menakutkan anak dara yang menyanyi semasa memasak, mereka selalu tertanya kenapa dan bermacam-macam diberi untuk menakutkan mereka.