14.7.10

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 3

PANTANG LARANG-Wanita dilarang duduk di depan pintu

Anak dara dilarabg duduk di depan pintu kerana dikhuatiri sukar dilamar orang, dan akibatnya akan menjadi anak dara tua.

Rasional pantang larang ini ialah ia tidak bagus untuk duduk di depan pintu kerana ia akan menghalang perjalanan seseorang ataupun membuat orang itu terjatuh kerana tidak perasan dia di situ. Pada pendapat saya, ia sangat berkesan kerana di kampung atau rumah bertangga tinggi, jika seseorang yang sedang kelam kabut ataupun hayal, mereka akan terjatuh akibat tersandung.