9.7.10

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 2

Defenisi pantang larang

Pantang larang pertama ialah kita tidak digalakkan untuk duduk atas bantal, dan alasan diberi oleh orang-orang tua ialah punggung mereka akan bisul. Sebab-sebab pantang larang ini masih wujud kerana kelakuan ini tidak sopan, bantal yang kami guna ialah untuk kepala bukan untuk punggung. Ia juga untuk mengelakkan bantal dari koyak kerana kanak-kanak tidak boleh duduk diam, dan akibat kenakalan mereka ialah bantal mereka akan koyak.
Pada pendapat saya, pantang larang ini berguna kerana banyak kanak-kanak suka duduk atas bantal dan jika tidak ditegur dari kecil, apabila dewasa kelak, dia akan masih membuat sedemikian.