18.7.10

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 6

PANTANG LARANG-4 Kita tidak seharusnya keluar dengan pasangan secara bebas

Kita tidak digalakkan untuk keluar dengan pasangan secara bebas untuk ke mana-mana sahaja untuk mengelakkan disantau atau dikhiniati orang yang cemburu dan ada niat yang tidak baik.

Rasional pantang larang ini ialah untuk mengelakkan pasangan itu dari membuat perkara yang tidak wajar dan akan membawa kamaluan kepada keluarga mereka dan melanggar hukum ugama. Pada zaman datuk dan nenek saya, pemuda-pemuda dalam lamunan cinta tidak pergi keluar "dating" bersama pasangan mereka. Anak-anak dara akan duduk di rumah dan menunggu sehingga ada pemuda yang ingin meminang mereka, keputusannya selalu bergantung kepada bapa perempuan, jika dia berkenan, mereka akan bernikah idak lama lagi walaupun gadis itu tidak berkenan dengan lelaki itu.

Tetapi pada zaman ibu saya semasa dia baharu 12 tahun, perkataan "dating" sudah dikenali pada pihak ramai. Dan, mulanya perbuatan tidak wajar berlaku, jadi mereka ditakutkan dengan pantang larang ini. Masa pun melayang dengan pantas, pemuda-pemudi zaman ini semakin berani dan semakin bebas untuk membuat apa-apa sahaja. Pada pendapat saya, pantang larang ini bagus tetapai sayang, segelintir sahaja yang gerun dengan pantang larang ini.