9.7.10

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 1

PERASAAN DAN PERSEDIAAN

Saya rasa terkejut apabila diberitahu semua pelajar melayu harus menyertai Pertandingan Blog 2010. Tema untuk pertandingan ini ialah budaya Melayu.
Selepas diberitahu apa yang harus dilakukan, saya rasa sangat ghairah dan gembira untuk mencari maklumat tentang budaya Melayu Singapura.

Budaya Melayu kepada saya seperti kehidupan saya, kerana pada saya, kehidupan tiada budaya ialah seperti seseorang yang tidak bernyawa kerana tiada tempat untuk merujuk asal-usul mereka, jenis permainan, makanan dan pakaian tradisi yang ada.

Disebabkan budaya kita luas, saya akan memfokuskan tentang pantang larang dalam kalangan masyarakat Melayu.Saya akan mewawancara datuk dan nenek saya dan juga ahli keluarga saya yang lain tentang pantang larang yang mereka tahu. Saya juga akan melungsuri internet dan buku-buku untuk mendapatkan maklumat lanjut.