26.7.10

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 10

MUHASABAH

Saya rasa sangat lega kerana saya sudah habiskan kerja ini, walaupun kerja ini sukar kerana saya harus mencari maklumat tentang pantang larang ini, saya dapat pelajari sedikit demi sedikit dan berseronok semasa membuat kerja ini. Semasa saya membut kerja ini, saya mengalami pelbagai masalah seperti mencari maklumat kerana ada pantang larang yang berlainan tetapi ia ada rasional yang sama dan itu mengelirukan saya. Walau apa pun, saya telah memperolehi banyak pengetahuan dan akan menggunakannya pada masa hadapan, untuk memperingatkan mereka, ada hikmah di sebalik pantng larang, sekian, salam hormat.

Maklumat-maklumat diambil daripada wikipedia dan buku masyarakat dan budaya melayu, cetakan dewan bahasa dan kementerian pendidikan malaysia kuala lumpur.

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 9

MENGAPA SESETENGAH PANTANG LARANG MASIH LAGI DIAMALKAN DI SEBILANGAN MASYARAKAT MELAYU??

Ia kerana ada pantang larang yang boleh menjadi tauladan dan peringatkan seseorang sebelum membuat sesuatu, ada juga pantang larang yang dikatakan benar dan ada yang kata ia cuma cerita karut, tetapi orang tua telah merasakan garam sebelum kita dan mereka ada sebab mengapa mereka masih menggunakan pantang larang itu.

18.7.10

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 8


PANTANG LARANG-6


Anak dara tidak digalakkan untuk menyanyi di dapur

Pantang larang terakhir ialah anak dara tidak digalakkan untuk menyanyi di dapur kerana dipercayai untuk berkahwun dengan orang tua.

Rasional pantang larang ini ialah untuk mengelak kelalaian semasa memasak, dan untuk mengelakkan meraka dari bermimpi untuk berkahwin dengan seorang jejaka dari keluarga yang kaya dan kacak rupanya. Pada pendapat saya, pantang larang ini lucu dan juga penting kerana keinginan kami tidak akan selalu tercapai, dan kita akan berasa sangat kecewa dan kecil hati.


Pada zaman ini pun pantang larang ini masih diguna untuk menakutkan anak dara yang menyanyi semasa memasak, mereka selalu tertanya kenapa dan bermacam-macam diberi untuk menakutkan mereka.

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 7

PANTANG LARANG-5 Kita tidak patut menghina atau mencaci orang kurang upaya

Kita tidak digalakkan untuk mengumpat atau menghina atau berbual tentang orang cacat kerana dikhuatiri bakal anak akan mengalami kecacatan.

Rasional pantang larang ini ialah untuk mengelakkan dari bergaduhan dan melukakan hati seseorang cacat. Pada pendapat saya, walaupun pantang larang ini tidak digeruni oleh orang yang mempunyai hati batu, kita tidak seharusnya menghina mereka malah kita harus menolong mereka dengan menyedarkan mereka bahawa manusia semua sama tetapai manusia ada kebolehan dan keistimewaan yang berlainan.

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 6

PANTANG LARANG-4 Kita tidak seharusnya keluar dengan pasangan secara bebas

Kita tidak digalakkan untuk keluar dengan pasangan secara bebas untuk ke mana-mana sahaja untuk mengelakkan disantau atau dikhiniati orang yang cemburu dan ada niat yang tidak baik.

Rasional pantang larang ini ialah untuk mengelakkan pasangan itu dari membuat perkara yang tidak wajar dan akan membawa kamaluan kepada keluarga mereka dan melanggar hukum ugama. Pada zaman datuk dan nenek saya, pemuda-pemuda dalam lamunan cinta tidak pergi keluar "dating" bersama pasangan mereka. Anak-anak dara akan duduk di rumah dan menunggu sehingga ada pemuda yang ingin meminang mereka, keputusannya selalu bergantung kepada bapa perempuan, jika dia berkenan, mereka akan bernikah idak lama lagi walaupun gadis itu tidak berkenan dengan lelaki itu.

Tetapi pada zaman ibu saya semasa dia baharu 12 tahun, perkataan "dating" sudah dikenali pada pihak ramai. Dan, mulanya perbuatan tidak wajar berlaku, jadi mereka ditakutkan dengan pantang larang ini. Masa pun melayang dengan pantas, pemuda-pemudi zaman ini semakin berani dan semakin bebas untuk membuat apa-apa sahaja. Pada pendapat saya, pantang larang ini bagus tetapai sayang, segelintir sahaja yang gerun dengan pantang larang ini.

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 5

PANTANG LARANG-3 Kita tidak seharusnya bertengkar dengan ibu mertua

Pantang larang seterusnya ialah, menantu tidak seharusnya bergaduh dengan mertua selepas berkahwin, untuk mengelakkan kesulitan semasa melahirkan anak.

Rasionalnya ialah, ia untuk menjaga ketenteraman keluarga apabila bertinggal dengan mertua.
Masalah ini selalu berlaku antara menantu perempuan denagan ibu mertuanya. Mereka seperti anjing dan kucing. Apabila mereka bergaduh, suami yang perempuan akan merana jadi pantang larang ini masih ada untuk menentukan ketenteraman, harmoni dan sayang-menyayang antara ahli keluarga.

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 4

PANTANG LARANG-2 Kita tidak seharusnya mendera haiwan

Pantang larang seterusnya ialah, kita tidak digalakkan untuk memukul atau mendera haiwan dengan apa cara pun kerana dikhuatiri anak yang akan dilahir pada masa depan akan mengalami kecacatan.

Rasional pantang larang ini ialah untuk mengelakkan sesiapa sahaja untuk berhenti menders haiwan. Sebab mengapa pantang larang ini masih ada kerana banyak orang yang suka mendera binatng kerana mereka rasa ia menyeronokkan. Jadi sebelum mereka hendak mendera sebarang haiwan, mereka akan fikir tentang pantang larang ini sebelum melakukannya.

Saya rasa pantang larang ini berguna tetapi selepas mereka sudah tidak takut dengan pantang larang ini lagi, mereka semakin berani.

14.7.10

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 3

PANTANG LARANG-Wanita dilarang duduk di depan pintu

Anak dara dilarabg duduk di depan pintu kerana dikhuatiri sukar dilamar orang, dan akibatnya akan menjadi anak dara tua.

Rasional pantang larang ini ialah ia tidak bagus untuk duduk di depan pintu kerana ia akan menghalang perjalanan seseorang ataupun membuat orang itu terjatuh kerana tidak perasan dia di situ. Pada pendapat saya, ia sangat berkesan kerana di kampung atau rumah bertangga tinggi, jika seseorang yang sedang kelam kabut ataupun hayal, mereka akan terjatuh akibat tersandung.

9.7.10

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 2

Defenisi pantang larang

Pantang larang pertama ialah kita tidak digalakkan untuk duduk atas bantal, dan alasan diberi oleh orang-orang tua ialah punggung mereka akan bisul. Sebab-sebab pantang larang ini masih wujud kerana kelakuan ini tidak sopan, bantal yang kami guna ialah untuk kepala bukan untuk punggung. Ia juga untuk mengelakkan bantal dari koyak kerana kanak-kanak tidak boleh duduk diam, dan akibat kenakalan mereka ialah bantal mereka akan koyak.
Pada pendapat saya, pantang larang ini berguna kerana banyak kanak-kanak suka duduk atas bantal dan jika tidak ditegur dari kecil, apabila dewasa kelak, dia akan masih membuat sedemikian.

PERTANDINGAN BLOG 2010-ENTRI 1

PERASAAN DAN PERSEDIAAN

Saya rasa terkejut apabila diberitahu semua pelajar melayu harus menyertai Pertandingan Blog 2010. Tema untuk pertandingan ini ialah budaya Melayu.
Selepas diberitahu apa yang harus dilakukan, saya rasa sangat ghairah dan gembira untuk mencari maklumat tentang budaya Melayu Singapura.

Budaya Melayu kepada saya seperti kehidupan saya, kerana pada saya, kehidupan tiada budaya ialah seperti seseorang yang tidak bernyawa kerana tiada tempat untuk merujuk asal-usul mereka, jenis permainan, makanan dan pakaian tradisi yang ada.

Disebabkan budaya kita luas, saya akan memfokuskan tentang pantang larang dalam kalangan masyarakat Melayu.Saya akan mewawancara datuk dan nenek saya dan juga ahli keluarga saya yang lain tentang pantang larang yang mereka tahu. Saya juga akan melungsuri internet dan buku-buku untuk mendapatkan maklumat lanjut.